Kuala Lumpur: "Saya ucapkan tahniah kepada Tze Yong, saya fikir dia bermain dengan baik."
Itu antara respons yang diberikan pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Viktor Axelsen selepas tewas mengejut di tangan pemain negara, Ng Tze Yong di pusingan kedua Seluruh England.
Menurut Axelsen, dia mengakui kekalahan itu cukup perit untuk diterima olehnya apatah lagi tewas di kejohanan yang besar dan berprestij pada pusingan awal.
"Sudah tentu anda mahu melakukan yang terbaik, saya memberikan sepenuhnya dalam perlawanan ini dan saya sedikit emosi.
"Saya mahu melakukan yang lebih baik lagi, namun ia tidak seperti yang saya harapkan. Ini adalah kejohanan yang paling istimewa untuk saya, kejohanan terbesar dalam jelajah dan saya mahu lakukan yang terbaik tetapi apabila anda gagal, sudah tentu ia sesuatu yang memeritkan," katanya.
Pada aksi aksi yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham, Tze Yong mencipta sensasi apabila mengejutkan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2022 di pusingan kedua semalam.
Bagaimanapun Tze Yong dipaksa berkerja keras sebelum menang dalam pertarungan tiga set 15-21, 21-9, 21-23 yang memakan masa satu jam sembilan minit.
Untuk rekod ini kali pertama kedua-dua pemain itu bertemu sesama sendiri dan ia memihak kepada pemain Malaysia itu.
Berita berkaitan: