CHONG Wei dan Mew Choo menunjukkan gambar bayi lelaki mereka. FOTO FB LEE CHONG WEI
CHONG Wei dan Mew Choo menunjukkan gambar bayi lelaki mereka. FOTO FB LEE CHONG WEI
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kehidupan keluarga legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri, Datin Wong Mew Choo, hari ini.

Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsi khabar gembira itu bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.

Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012, dikurniakan anak pertama, Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.

"Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan)," menurut Chong Wei dalam perkongsian itu.

Ikon sukan badminton negara itu mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan pada 2019.

Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.

Biarpun bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2022 @ 4:52 PM