ZII Jia ke final Terbuka Thailand. FOTO Badminton Photo
ZII Jia ke final Terbuka Thailand. FOTO Badminton Photo
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Hanya selangkah untuk bergelar juara Terbuka Thailand apabila pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia berjaya menempah slot final selepas selepas menewaskan rakan senegara, Liew Daren pada aksi separuh akhir di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.

Walaupun berjaya melangkah ke final namun ternyata Zii Jia terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan Daren yang juga rakan sepelatihnya selama tiga set dalam tempoh 51 minit sebelum menang 21-16, 13-21, 21-14.

Jelas sekali, Daren yang dilihat sudah berusia masih mampu memberikan tentangan sengit kepada pemain perseorangan nombor satu negara itu apabila turut mencatatkan kemenangan pada set kedua.

Kini, Zii Jia berpeluang merangkul gelaran antarabangsa keduanya dalam tahun ini selepas terdahulu menjuarai Kejohanan Badminton Asia di Manila, Filipina pada 1 Mei lalu.

Berdasarkan rekod, Zii Jia yang turun selaku pilihan keenam kejohanan menyaksikan dia tidak berhadapan masalah menewaskan Ade Resky Dwicahyo dari Azerbaijan di pusingan pertama.

Pemain berusia 24 tahun itu meneruskan momentum kemenangan apabila berdepan wakil Jerman, Kai Schafer 21-7, 21-11 di suku akhir sebelum bertemu Daren di saingan separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2022 @ 6:41 PM