Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jelas mahu memastikan Kejohanan Badminton memperoleh keputusan positif apabila menyenaraikan yang terbaik untuk memberi tentangan sengit kepada lawan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan BAM memaklumkan bahawa pemain profesional negara Lee Zii Jia diberikan tanggungjawab sebagai perseorangan pertama.
Turut diberikan kepercayaan menggalas cabaran sebagai pemain perseorangan negara pada kejohanan terbabit adalah juara Terbuka Scotland 2021 Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao, Lim Chong King dan Kok Jing Hong.
Sementara itu, pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan diberikan kepercayaan mengetuai cabaran untuk kategori beregu selain BAM turut membariskan gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
Selain itu, bagi kategori wanita pula pemain perseorangan dibarisi oleh Eoon Qi Xuan, S Kisona, Tan Zhing Yi, Siti Nurshuhaini Azman dan Myisha Mohd Khairul.
Pasangan Pearly Tan-M Thinaah turut disenaraikan menggalas cabaran negara selain tiga beregu lain Teoh Mei Xing-Anna Cheong, Valeree Siow-Low Yeen Yuan dan Go Pei Kee.
Mengikut rekod, pada Edisi 2020, skuad lelaki mara ke final sebelum tewas 1-3 di tangan Indonesia manakala pasukan pula wanita berakhir dengan terkandas di separuh akhir.
Terdahulu, Malaysia akan menyenaraikan pemain terbaik bagi menghadapi Kejohanan berkenaan yang berlangsung Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam, bermula 15 hingga 20 Februari ini.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata pihaknya dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan senarai pemain lelaki dan wanita bagi kejohanan berkenaan dan ia termasuk kemungkinan untuk menyenaraikan pemain profesional.
Katanya, skuad lelaki dan wanita negara diletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir sekali gus layak ke pusingan akhir Piala Thomas/Uber di Bangkok, pada Mei ini secara merit.