TZE Yong rasa ada peningkatan daripada sudut kelajuan. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
TZE Yong rasa ada peningkatan daripada sudut kelajuan. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Biarpun gagal mara ke final Kejohanan berstatus Super 500 Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Terbuka India, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong tetap berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkannya.

Jelasnya dia sudah memberikan yang terbaik namun terpaksa akur akan lawan yang jauh lebih hebat daripadanya yang juga pilihan ketiga dari India, Lakshya Sen.

"Saya rasa ada peningkatan daripada sudut kelajuan saya kerana saya boleh mengikut rentak lawan tetapi hanya di set pertama dan kedua. Pada set penentuan, ia seperti agak sukar. Jadi saya perlu memperbaikinya lagi.

"Apapun, secara keseluruhan, saya gembira dengan keputusan sebegini kerana ini adalah kejohanan 500 pertama saya untuk saya," katanya.

Tze Yong, 21, membuktikan sejak dari awal kejohanan dia mampu bangkit di setiap perlawanan untuk mara hingga ke separuh akhir sebelum tunduk dalam pertarungan tiga set 21-19, 16-21, 12-21 kepada Lakshya.

Katanya, perjuangan akan diteruskan selepas ini dan dia akan sekali lagi mencuba menambah koleksi gelaran juara di apabila turun di Kejohanan Antarabangsa India di Lucknow, India, bermula Selasa ini.

Tahun lalu, Tze Yong berjaya meraih tiga gelaran pada bermula di Terbuka Poland, Kejohanan Belgium Antarabangsa dan Terbuka Scotland,

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 10:23 PM