TZE Yong bakal bertemu wakil Singapura, Jason Teh di separuh akhir untuk merebut tempat ke pentas final. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
TZE Yong bakal bertemu wakil Singapura, Jason Teh di separuh akhir untuk merebut tempat ke pentas final. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mempamer aksi cemerlang untuk melangkah ke separuh akhir Terbuka Republik Czech selepas menewaskan wakil Indonesia, Krishna Adi Nugraha 21-9, 21-18, hari ini.

Tze Yong yang diletakkan selaku pilihan keenam hanya memerlukan masa selama 32 minit untuk mengatasi lawannya itu yang memberi saingan sengit di set kedua.

Dengan kemenangan itu, Tze Yong bakal bertemu wakil Singapura, Jason Teh di separuh akhir untuk merebut tempat ke pentas final.

Turut mengikut jejak langkah Tze Yong adalah pemain perseorangan wanita negara yang sedang meningkat naik, Siti Nurshuhaini Azman.

Dia melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan rakan senegara, K Letshanaa 21-16 16-21 21-6.

Siti Nurshuhaini yang tewas di set pertama, mempamer kebangkitan di set kedua sebelum unggul dalam set penentuan untuk menamatkan saingan selama 41 minit itu.

Pemain yang baru berusia 17 tahun itu akan berdepan wakil India, Ananya Praveen untuk menempah tiket final.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 9:18 PM