Aksi pasangan beregu negara, Lee Meng Yean-M Thinaah. FOTO BAM
Aksi pasangan beregu negara, Lee Meng Yean-M Thinaah. FOTO BAM
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Skuad wanita negara gagal mencipta kejutan apabila tunduk kepada China 0-5 dalam aksi kedua kumpulan D saingan Piala Uber di Ceres Arena, Aarhu, Denmark, sebentar tadi.

Jelas banyak lagi harus dipelajari skuad badminton wanita yang dibarisi pemain muda untuk menandingi kehebatan China.

Pada perlawanan pertama pemain perseorangan negara Eoon Qi Xuan terpaksa akur dengan kehebatan pemain nombor dua dunia Chen Yu Fei.

Qi Xuan yang berjaya meraih kemenangan ketika bertemu Denmark semalam namun kali ini tewas straight set 13-21,11-21.

Nasib sama turut menimpa pasangan beregu negara, Lee Meng Yean-M Thinaah apabila tewas kepada gandingan Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting 12-21,17-21.

China yang juga juara 14 kali Piala Uber terus mengesahkan kemenangan apabila pemain perseorangan kedua mereka He Bing Jiao berjaya menundukkan Siti Nurshuhaini 21-8, 21-3.

Pada pertarungan keempat membabitkan pasangan beregu kedua negara iaitu Go Pei Kee-Teoh Mei Xing turut kecundang 9-21,12-21 kepada Huang Dong Ping-Jia Yi Fan.

Melengkapkan kemenangan China adalah pemain perseorangan mereka Wang Zhi Yi yang berjaya menewaskan pemain muda negara K Letshanaa 21-15,21-11.

Skuad badminton negara akan mengakhiri saingan kumpulan D dengan bertemu Kanada pada awal pagi Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 11:58 PM