TZE Yong mudah atasi cabaran Mohamed.
TZE Yong mudah atasi cabaran Mohamed.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Skuad badminton Piala Sudirman negara berjaya menepati sasaran mara ke suku akhir apabila mudah menjinakkan Mesir 5-0 dalam aksi kedua peringkat Kumpulan D di Vantaa Finland sebentar tadi.

Biarpun merehatkan kesemua pemain yang melakarkan kemenangan 3-2 ke atas England semalam, skuad negara langsung tidak berdepan masalah menewaskan Mesir apabila kesemua lima perlawanan berlangsung kurang daripada 30 minit.

Mata pertama negara disumbangkan h beregu campuran negara Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang menewaskan Amhed Salah-Nour Ahmend Youssri, 21-6, 21-7.

Ng Tze Young yang turun menggantikan tugas Lee Zii Jia turut cemerlang menghadiahkan mata kedua negara dengan menewaskan Mohamed Mostafa Kamel, 21-8, 21-2.

Manakala perseorangan wanita negara Eoon Qi Xuan juga tidak berdepan masalah menewaskan Doha Hany 21-5, 21-7.

Tanpa perlu berkerja keras, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mengambil alih tempat beregu pertama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menumpaskan Mohamed Mostafa Kamel-Ahmed Salah 21-7, 21-6. Mata kelima negara disumbangkan oleh beregu wanita Teoh Mei Xing-Yap Ling yang menang ke atas Nour Ahmed Youssri-Doha Hany 21-4, 21-9.

Malaysia akan bertemu Jepun bagi melengkapkan aksi Kumpulan D Khamis ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 September 2021 @ 12:27 AM