Kuala Lumpur: Kejohanan Ranking Dalaman Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kali kedua hampir sampai kekemuncaknya bagi menentukan siapakah yang akan bergelar juara membabitkan kumpulan A bagi perseorangan lelaki dan wanita.
Perseorangan wanita menyaksikan Siti Nurshuhaini dan Tan Zhing Yi akan bersaing untuk penentuan juara dan naib juara selepas mencatat kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan.
Paling mencuri tumpuan hari ini apabila Tang Zhi Yi yang dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan Ong Xin Yee dalam aksi tiga set, 21-15, 2-21, 22-20.
"Set pertama dia ikut rentak saya. Tetapi di set kedua saya banyak lakukan kesilapan dan tidak banyak meraih mata.
"Di set ketiga saya mendahului seketika sebelum dia kembali mendahului saingan. Di penghujung dia sudah kepenatan dan ia memberi saya peluang untuk menang," kata Tang Zhi Yi.
Sementara itu, Siti Nurshuhaini Azman turut mencatat kemenangan hari ini selepas menewaskan Chan Wen Tse straight set 21-12, 21-17.
Siti dan Tan Zhing Yi akan bertemu esok untuk penentuan juara dan naib juara Kumpulan A.
Kumpulan B pula diungguli Siti Zulaikha Muhd Azmi yang cemerlang dengan rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan.
Manakala Tang Zhing Hui dan Chong Jie Yu masing masing menghuni dua teratas bagi Kumpulan C.
Bagi perseorangan lelaki, Justin Hoh dan Eogenen Ewe Eon menghuni dua teratas Kumpulan A selepas berkongsi empat mata dengan seorang lagi pemain, Ong Zhen Yi.
Justin menundukkan Muhd Fazriq Mohd Razif straight set 21-14, 21-16 sementara Eogene dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan Ong Zhen Yi dalam aksi tiga set 22-20, 18-21, 21-14.
Kumpulan B menyaksikan Jan Jireh Lee memimpin carta selepas mengumpul 5 mata.
Perlawanan terakhir hari ini, Jireh menundukkan Lok Hong Quan straight set 21-11, 21-12.
Kedudukan Jireh masih belum selesa kerana perlu menanti keputusan perlawanan terakhir membabitkan Anson Cheong dan Rex Hooi Shao Herng esok di mana kedua-dua pemain ini berkongsi empat mata di tangga kedua dan ketiga.