BEREGU Campuran profesional negara Peng Soon-Liu Ying. FOTO AFP
BEREGU Campuran profesional negara Peng Soon-Liu Ying. FOTO AFP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Beregu bukan pilihan dari Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo menundukkan beregu campuran Malaysia Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, untuk mara ke final Seluruh England 2021 di Birmingham.

Peng Soon-Liu Ying, pilihan ketiga kejohanan, jelas gagal menandingi kehebatan lawan apabila tewas dengan 21-14 di set pertama lagi.

Di set kedua, pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Rio itu nampak lebih agresif apabila mendahului lawan 11-3, sebelum pasangan dari Jepun bangkit mengejar sehingga mereka berkongsi kedudukan 20-20, dan menamatkan perlawanan dengan keputusan 22-20.

Gandingan Peng Soon-Liu Ying muncul sebagai naib juara pada edisi 2017 selepas mereka ditundukkan oleh pasangan China, Lu Kai-Huang Ya Qiong, 18-21, 21-19, 21-16.

Kali terakhir Malaysia meraih kemenangan di Kejohanan All England adalah pada tahun 2017 ketika Datuk Lee Chong Wei menewaskan Shi Yu Qi dari China, 21-12, 21-10.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 8:51 AM