Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia gagal mara ke final apabila tumpas kepada pemain di ranking lebih rendah, Kunlavut Vitidsarn 18-21, 10-21.

Zii Jia yang berada di ranking ke-11 dunia terpaksa akur kepada pemain ke-25 dunia dari Thailand itu pada aksi separuh akhir Terbuka Switzerland, sebentar tadi.

Ia kekalahan pertama Zii Jia kepada lawan itu selepas menang dua pertemuan sebelum ini.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir membabitkan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula tewas kepada gandingan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 19-21, 10-21.

Saingan sesama sendiri pada aksi separuh akhir beregu wanita pula menyaksikan gandingan Pearly Tan-M Thinaah menewaskan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, 10-21, 21-14, 21-16 untuk menempah tiket ke final.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 9:11 PM