ARSENAL tidak beraksi bersama Arsenal sejak 7 Mac lalu. FOTO AFP
ARSENAL tidak beraksi bersama Arsenal sejak 7 Mac lalu. FOTO AFP
AFP

London: Mesut Ozil berkata dia sangat kecewa diketepikan dalam skuad Arsenal untuk aksi Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 32 tahun itu yang menerima gaji tertinggi sepanjang sejarah kelab itu, iaitu mencecah £350,000 (RM1.89 juta) seminggu, turut diketepikan dalam skuad Gunners untuk aksi Liga Europa.

Ozil tidak pernah beraksi di bawah bimbingan Mikel Arteta sejak 7 Mac lalu.

"Ini adalah mesej sukar yang saya tulis kepada penyokong Arsenal," kata Ozil menerusi kenyataan di media sosial miliknya.

"Saya sangat kecewa kerana nama saya tidak didaftarkan untuk aksi Liga Perdana."

Bekas pemain antarabangsa Jerman itu mempersoalkan tindakan Arsenal selepas dia menunjukkan kesetiaan dengan menandatangani lanjutan kontrak pada Januari 2018 yang akan berakhir tahun depan.

"Selepas menandatangani kontrak pada 2018, saya berjanji akan setia bersama kelab yang saya cintai, Arsenal, tetapi amat mengejutkan ini yang berlaku," kata Ozil.

"Baru saya tahu, kesetiaan sukar untuk dihargainya pada masa kini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 9:50 PM