INSIDEN yang menyaksikan Van Dijk (tengah) dikasari oleh Pickford. FOTO AFP
INSIDEN yang menyaksikan Van Dijk (tengah) dikasari oleh Pickford. FOTO AFP
Agensi

Liverpool: Kecederaan lutut yang dialami pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk menunjukkan petanda tidak bagus, kata pengurus juara bertahan itu, Jurgen Klopp.

Van Dijk mengalami kecederaan itu selepas menerima cabaran keras penjaga gol Everton, Jordan Pickford pada babak pertama perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2 selepas masa penuh.

Pertahanan Belanda berusia 29 tahun, tidak dapat meneruskan aksi dan perlu menjalani ujian imbasan bersama-sama Thiago Alcantara yang turut mengalami kecederaan sama.

"Saya tak pasti berapa banyak kali Virgil beraksi secara berturut-turut. Dia beraksi dengan kesakitan.

"Ia petanda tidak baik," kata Klopp.

Liverpool memohon sepakan penalti daripada insiden itu selepas Van Dijk dilihat dijatuhkan namun gagal kerana dia didapati ofsaid.

"Ia jelas sekali penalti. Saya ingatkan mereka melihat kembali kepada insiden itu tetapi ia tidak berlaku.

"Saya tak bermaksud menyatakan Jordan Pickford sengaja melakukannya tetapi ia adalah cabaran yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penjaga gol di dalam kotak penalti," kata Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 2:38 PM