Las Vegas: Conor McGregor dan Manny Pacquiao mula menjalani latihan menjelang cadangan pertarungan mereka pada awal tahun depan.
Kedua-duanya mengesahkan minggu lalu mereka makin hampir bersetuju dengan syarat pertarungan di Asia Barat.
McGregor terlebih dahulu mengadakan rundingan umum sebelum Pacquiao menyatakan persetujuan dengan menjadikan perlawanan itu untuk mengumpul dana bagi mangsa Covid-19 di Filipina.
Kedua-duanya memuat naik beberapa gambar di media sosial membabitkan diri mereka di gimnasium ketika jurulatih McGregor mengesahkan pelan latihannya.
McGregor berkata dia lebih rela bertarung dalam UFC tetapi kurangnya peluang membuatkan dia memilih untuk berdepan Pacquiaio.
"Sebenarnya saya lebih rela bertarung dalam MMA, tidak pasti kenapa saya kembali dengan situasi dan peringkat ini." kata McGregor.