Julian Alaphilippe meraikan kejayaan podium selepas memenangi perlumbaan Jalan Raya Elite Lelaki membabitkan 258.2 km di Imola, Itali. FOTO AFP
Julian Alaphilippe meraikan kejayaan podium selepas memenangi perlumbaan Jalan Raya Elite Lelaki membabitkan 258.2 km di Imola, Itali. FOTO AFP
AFP

Imola: Pelumba Perancis, Julian Alaphilippe mengecapi kejuaraan dunia pertama seterusnya merangkul jersi pelangi idaman juara perlumbaan jalan raya lelaki dekat bandar Imola di Itali.

Alaphilippe melakukan pemburuan pada peringkat akhir pendakian kurang 12km daripada garisan penamat untuk memastikan kejuaraan itu hanya 24 saat di depan pelumba Belgium, Wout van Aert dan Marc Hirschi dari Switzerland.

"Ini adalah impian dalam karier saya," kata pelumba berusia 28 tahun itu dengan penuh emosi yang turut mencipta rekod sebagai pelumba pertama dari Perancis memenangi perlumbaan itu sejak Laurent Brochard pada 1997.

"Ia agak hampir sejak beberapa kali, tapi saya tidak pernah berada di podium. Ia adalah kemuncak kepada kerjaya saya."

Julian Alaphilippe melintasi garisan penamat kejohanan lumba basikal jalan raya di Itali.
Julian Alaphilippe melintasi garisan penamat kejohanan lumba basikal jalan raya di Itali.

Tambah Alaphilippe: "Setiap kali ia emosi yang berbeza, memenangi perlumbaan besar, sejarah, peringkat jelajah, memakai jersi kuning.

"Tetapi jersi pelangi, adalah kemuncaknya, antara perlumbaan yang saya impikan.

"Tiada perasaan dendam. Ia hanyalah emosi yang sangat bagus dalam setahun di mana terlalu banyak jatuh dan bangun.

Bagi Alaphilippe musim ini menghalang ramai pelumba mencatat banyak kejayaan berbanding pada 2019 apabila dia memenangi Strade Bianche, Milan-San Remo dan Fleche Wallonne, sebelum memakai jersi kuning Tour de France selama 14 hari.

Dia memenangi peringkat kedua Jelajah di Nice pada 30 Ogos dan memakai jersi kuning selama tiga hari tetapi di Imola dia merampas jersi pelangi buat julung kali pada tahun ini.

"Ia adalah peluang terbaik," kata Alaphilippe sebagai tanda memberi amaran ketika jurulatih kebangsaan, Thomas Voeckler membentuk pasukan Perancis dalam kalangan pelumba dari Loire, yang terlepas tiga edisi sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 2:18 PM