McGregor (kiri) mungkin dibelasah Chimaev. FOTO Agensi
McGregor (kiri) mungkin dibelasah Chimaev. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas : Conor McGregor mungkin ditinggalkan dalam kerusi roda jika dia bertarung dengan Khamzat Chimaev, kata pengurus Khabib Nurmagomedov.

Chimaev, 26, menjadi antara bintang yang menyerlah di pentas UFC apabila mencatat kemenangan 9-0 dengan tiga daripadanya tanpa saingan tahun ini.

Atlet kelahiran Russia dari Sweden sekali lagi mencuri tumpuan minggu lalu menerusi satu tumbukan bertenaga untuk menumbangkan Gerald Meerschaert.

Chimaev sebelum ini mendedahkan dia pernah berkunjung ke Ireland untuk bertarung dengan McGregor, 32, di gimnasiumnya.

Dan pengurus yang lantang berbicara, Ali Abdelaziz membayangkan atlet Ireland itu mungkin tidak dapat bertarung semula jika dia berhadapan Chimaev.

Ali Abdelaziz (kiri) bersama Khabib
Ali Abdelaziz (kiri) bersama Khabib

Abdelaziz memberitahu TMZ Sports: "Khamzat mungkin menyebabkan Conor McGregor berada di kerusi roda, dan dia mungkin minum air dengan menggunakan penyedut minuman sepanjang hidupnya.

"Saya tidak mewakili Khamzat untuk bertarung dengan atlet yang tidak mempunyai kekuatan mental dan bersedia sepenuhnya.

"Conor McGregor dalam keadaan mental yang tidak stabil. Saya mengucapkan selamat maju jaya buatnya. Khamzat akan membuatkan dirinya sengsara."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 10:20 PM