Lionel Messi. FOTO AFP
Lionel Messi. FOTO AFP
AFP

LIONEL Messi kembali menyertai latihan penuh bersama Barcelona hari ini, buat pertama kali selepas akur gagal meninggalkan kelab itu.

Tidak seperti Isnin lalu, apabila bintang Argentina berusia 33 tahun terpaksa menjalani latihan sendiri di bawah protokol La Liga mengenai Covid-19.

Dia kemudiannya menyertai pasukan dalam sesi yang dikendalikan jurulatih baharu, Ronald Koeman.

Laporan kelab menyatakan kumpulan utama yang akan kembali menyertai latihan antaranya Philippe Coutinho, Sergio Busquets, Frenkie de Jong dan Ansu Fati.

Messi berhadapan baki semusim lagi di kelab Catalan itu selepas sukar membuat keputusan ketika presiden Barca, Josep Maria Bartomeu meletakkan klausa pelepasan sekitar 700 juta Euro (RM3.44 bilion).

Perlawanan pertama Koeman sebagai pengendali menggantikan Quique Setien yang dipecat bulan lalu selepas kekalahan memalukan 2-8 dalam saingan Liga Juara-Juara ke atas Bayern Munich, adalah aksi persahabatan berdepan kelab Divisyen Tiga pada Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2020 @ 11:09 PM