HAALAND (kiri) meraikan jaringan keduanya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
HAALAND (kiri) meraikan jaringan keduanya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

ERLING Haaland dan Alexander Sorloth masing-masing menjaringkan dua gol ketika membantu Norway membelasah Ireland Utara 5-1 pada saingan Liga Negara-Negara sekali gus memberikan kemenangan pertama ditempat sendiri untuk pengurus, Ian Baraclough.

Tiga gol hadir dalam tempoh lapan minit pertama dengan gol pembukaan Mohamed Elyounoussi berjaya disamakan oleh Paddy McNair sebelum Haaland meledak gol peribadi pertama.

Sorloth mungkin akan berhijrah ke Bundesliga dalam tempoh beberapa minggu lagi sekali gus mengikut jejak langkah Haaland yang beraksi untuk Borussia Dortmund.

Ia berikutan RB Leipzig berminat mendapatkan khidmatnya selepas melalui musim cemerlang di Trabzonspor sebaik dipinjamkan dari Crystal Palace.

Dia menanduk masuk gol peribadi pertamanya pada minit ke-20 sebelum menambah gol kedua dan keempat untuk Norway di awal babak kedua.

Haaland yang menjaringkan gol antarabangsa pertama ketika tewas kepada Austria Jumaat lalu membuktikan mengapa dia dilabel antara bintang sedang meningkat naik di Eropah apabila menjaringkan gol cantik minit ke-58.

Kedua-dua pasukan akan beraksi pada playoff separuh akhir Euro 2020 bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 9:06 AM