Allan menandatangani kontrak di Everton. FOTO Everton FC
Allan menandatangani kontrak di Everton. FOTO Everton FC
AFP

EVERTON mengesahkan seorang daripada trio perancang tengah yang bakal ditandatangani dengan kehadiran pemain kebangsaan Brazil, Allan menerusi perjanjian tiga tahun dari Napoli dengan yuran dilaporkan sekitar £22 juta (RM121.3 juta).

Pemain berusia 29 tahun itu kembali bersama bos Toffees, Carlo Ancelotti, yang pernah bekerja dengannya di kelab Serie A itu.

Everton juga semakin hampir menyatukan semula Ancelotti dengan bintang Colombia, James Rodriguez buat kali ketiga selepas bersama di Real Madrid dan Bayern Munich, manakala yuran juga dilaporkan sudah dipersetujui dengan Watford bagi mendapatkan Abdoulaye Doucoure.

Allan melakukan lebih 200 penampilan sepanjang lima tahun di Napoli, mengakui dia tidak boleh menolak peluang untuk bergandingan dengan Ancelotti sekali lagi.

"Ia kelab yang kaya dengan sejarah dalam Liga Perdana, memiliki cita-cita sebenar dan di sana ada Professor Ancelotti. Dia melakukan apa sahaja untuk membawa saya ke sini," kata Allan kepada Everton TV.

"Ia adalah saiz kelab dan nama jurulatih yang bermakna anda tidak memikir dua kali untuk datang ke Everton."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2020 @ 8:50 PM