LOPEZ beraksi bersama kelab Aucas. FOTO Agensi
LOPEZ beraksi bersama kelab Aucas. FOTO Agensi
AFP

SEORANG pemain bola sepak di Ecuador didenda $1,200 (RM4,971) selepas mencium bola yang menyalahi peraturan kesihatan bagi memerangi koronavirus.

Pemain tengah dari Argentina, Sergio Lopez yang beraksi dengan kelab Aucas di Quito dalam Liga Pro menjadi pemain pertama berdepan hukuman itu di atas kesalahan dilakukan selepas pasukannya menang 1-0 ke atas Macara, Jumaat lalu.

Jawatankuasa disiplin liga berkata, Lopez dikenakan denda kerana mencium bola.

Beberapa peraturan baharu diperkenalkan termasuk ke atas liga bola sepak yang kembali bersambung Ogos selepas lima bulan terhenti akibat pandemik.

Lima lagi pemain didenda $1,200 kerana bertukar jersi yang turut dilarang dalam perlawanan pada 16 Ogos.

Dua pasukan turut berdepan hukuman sama apabila gagal mematuhi protokol ditetapkan - Liga de Portoviejo tidak menyediakan alat bantuan kecemasan dan Barcelona SC yang tidak menyediakan gel pembasmi kuman.

Ecuador mencatat 114,000 jangkitan membabitkan 6,600 kematian susulan koronavirus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 8:26 PM