Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski. FOTO AFP
Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski. FOTO AFP
AFP

PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski diundi Pemain Terbaik Tahunan di Jerman hari ini.

Pemain kelahiran Poland berusia 31 tahun itu menjadi pilihan pemenang anugerah yang diberikan oleh majalah bola sepak Kicker, susulan undian dijalankan wartawan.

Lewandowski menerima 276 undian, mendahului selesa daripada dua rakan sepasukan di Bayern yang memenangi treble iaitu Thomas Muller (54 undian) dan Joshua Kimmich (49).

"Saya sangat berbangga," kata Lewandowski kepada Kicker. "Harapan lebih tinggi dan setiap tahun saya cuba mengatasinya."

Penyerang itu meledak 55 gol buat Bayern, menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak dalam semua kejohanan kelab yang disertainya.

Dia meledak 34 gol di Bundesliga, 15 dalam saingan Liga Juara-Juara dan enam bagi Piala Jerman ketika membantu Bayern menjuarai tiga trofi berkenaan.

Lewandowski menjadi antara pemain pilihan untuk memenangi Pemain Terbaik Dunia tahun ini anjuran FIFA.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2020 @ 10:12 PM