Thiago Silva pemain terbaru sertai Chelsea. FOTO Agensi
Thiago Silva pemain terbaru sertai Chelsea. FOTO Agensi
AFP

CHELSEA berjaya menandatangani bekas pertahanan Paris Saint Germain, Thiago Silva menerusi perpindahan percuma hari ini.

Silva, 35, secara dasar bersetuju menerusi kontrak setahun bersama kelab Liga Perdana itu dengan pilihan lanjutan kontrak pada musim seterusnya.

"Saya sangat gembira untuk menyertai Chelsea. Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada skuad serba lengkap Frank Lampard untuk musim depan dan saya mencabar diri untuk memperoleh lebih banyak kejayaan," kata Silva kepada laman sesawang Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 9:26 PM