MESSI meraihkan kejayaan meledakkan gol. FOTO AGENSI
MESSI meraihkan kejayaan meledakkan gol. FOTO AGENSI
Agensi

Bintang Barcelona Lionel Messi dikaitkan dengan perpindahan dari Nou Camp musim panas ini selepas kekalahan memalukan 2-8 kepada Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara..

Messi dikatakan mengejutkan pemilik baru Barcelona, Ronald Koeman dengan mengatakan bahawa dia tidak nampak masa depannya bersama kelab Catalan itu.

Hasil daripada kekalahan itu jurulatih, Quique Setien dan pengarah sukan Eric Abidal dipecat dan Koeman diumumkan sebagai jurulatih baru kelab berkenaan.

Beberapa pemain berprestasi tinggi turut juga akan dijual bagaimanapun Messi tidak termasuk dalam senarai nama berkenaan dan presiden, Josep Maria Bartomeu mungkin tidak bersetuju.

Bagaimanapun kelab itu kini sedang berusaha mengubah ke arah yang lebih positif, Messi bagaimanapun tidak yakin ia akan membantu.

"Saya percaya terdapat risiko dan ia memberikan saya mimpi buruk," kata Font.

"Messi sangat penting untuk kelab ini, pemain paling penting dalam sejarah dan ia akan hanya berkembang selepas dia bersara.

"Hubungan antara Messi dan Barca akan berterusan biarpun dia bersara. Dia seharusnya menjadi imej kepada kelab dan berkembang ke seluruh dunia."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 1:49 PM