VARANE (kanan) mengakui kesilapannya. FOTO AFP
VARANE (kanan) mengakui kesilapannya. FOTO AFP
AFP

PERTAHANAN Real Madrid, Raphael Varane mengakui dua kesilapan dilakukannya membantu Manchester City menewaskan Real Madrid pada aksi timbal balik pusingan kedua Liga Juara-Juara, hari ini.

City melakar kemenangan 2-1 sekali gus mara ke suku akhir menerusi agregat 4-2 dan bakal bertemu Lyon.

Tuan rumah memanfaatkan dua kesilapan dilakukan Varane apabila Raheem Sterling dan Gabriel Jesus masing-masing menjaringkan gol di setiap babak manakala Karim Benzema meledak gol tunggal pasukan pelawat minit ke-28 di Stadium Etihad.

Varane melakukan kesilapan di dalam kotak penalti pada minit ke-9 yang menyebabkan Sterling meletakkan City di depan dan tandukan lemah ke belakang dilakukannya menjadi punca gol kedua Jesus pada pertengahan separuh masa kedua.

"Pada pandangan saya, kekalahan ini adalah disebabkan oleh saya. Saya perlu bertanggungjawab sepenuhnya," kata Varane.

"Saya merasai kekecewaan rakan sepasukan selepas mereka bekerja keras. Saya perlu bertanggungjawab atas kekalahan ini.

"Kesilapan akan memberikan kesan besar pada saingan seperti ini," katanya.

Kapten Perancis berusia 27 tahun itu berkata: "Kami memberikan segala-galanya ketika di atas padang tetapi kadangkala anda akan menemui kegagalan juga. Hari ini saya gagal dan saya harus mengakuinya."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 9:46 AM