STERLING (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
STERLING (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

MANCHESTER memanfaatkan dua kesilapan dilakukan Raphael Varane untuk menewaskan Real Madrid 2-1 pada aksi timbal balik pusingan kedua Liga Juara-Juara hari ini sekali gus mara ke suku akhir.

Zinedine Zidane tidak pernah tersingkir terlalu awal selaku jurulatih Real selepas membantu kelab itu muncul juara antara 2016 hingga 2018 sebelum kembali membimbing Real pada tahun lalu.

Real berdepan tugas sukar kali ini selepas gagal memanfaatkan peluang pada aksi pertama di Sepanyol Februari lalu apabila tewas 1-2 sebelum pandemik Covid-19 menyaksikan kejohanan itu ditangguhkan.

Ia sekali gus menyaksikan City yang beraksi tanpa penonton di Stadium Etihad, melangkah ke suku akhir menerusi agregat 4-2.

Tanpa Sergio Ramos yang digantung perlawanan, Real terpaksa membayar harga tinggi hasil kesilapan dilakukan kesebelasan utama yang lain.

Varane melakukan kecuaian dalam kotak penalti pada minit ke-9 yang menyaksikan Raheem Sterling berjaya meletakkan City di depan sebelum tandukan lemah ke belakang dilakukannya membolehkan Gabriel Jesus menambah gol kedua pada separuh masa kedua.

Sebelum gol itu, kedudukan terikat 1-1 selepas Karim Benzema menyamakan kedudukan untuk pelawat pada minit ke-28.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 7:47 AM