CAZORLAN (kiri) bertukar angin ke Qatar. FOTO AFP
CAZORLAN (kiri) bertukar angin ke Qatar. FOTO AFP
AFP

BEKAS pemain tengah Arsenal, Santi Cazorla berkata, Xavi memainkan peranan sangat penting ketika dia membuat keputusan untuk berhijrah ke Qatar.

Dia menandatangani kontrak dengan kelab berprofil tinggi Qatar, Al-Sadd, tatkala rakan senegaranya itu menjadi sebagai jurulatih.

"Beliau adalah petunjuk buat saya ketika beliau aktif bermain dan saya pasti ia sama juga walaupun beliau sekarang jurulatih," katanya dalam satu kenyataan selepas menandatangani kontrak selama dua tahun.

Pemain tengah itu mengucapkan selamat tinggal kepada Villarrel ketika aksi terakhir pasukan itu dalam perlawanan La Liga menentang Eibar bulan lalu.

Dia yang berusia 35 tahun menikmati aksi tahun ketiga di Villarreal selepas dua tahun berdepan kecederaan serius.

Cazorla sebelum itu membuat 180 penampilan ketika enam tahun lebih bersama Arsenal dan 81 kali mewakili Sepanyol.

Dia juga beraksi bersama Malaga dan Recreativo Huelva selepas menyertai Villarreal ketika zaman remaja.

"Kami cuba untuk memenangi segalanya, semua kejuaraan. Al-Sadd adalah kelab yang besar di Qatar dan ia satu penghormatan untuk berada di sini dan menjadi sebahagian daripada pasukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 9:07 PM