TATAW (duduk dua dari kanan) berjaya membantu Cameroon mencipta sejarah di Piala Dunia 1990. FOTO Agensi
TATAW (duduk dua dari kanan) berjaya membantu Cameroon mencipta sejarah di Piala Dunia 1990. FOTO Agensi
AFP

STEPHEN Tataw, pemain yang mengetuai skuad Cameroon sehingga berjaya mara ke suku akhir Piala Dunia 1990, meninggal dunia selepas sakit, jelas Persekutuan Bolasepak Cameroon (Fecafoot).

Tataw berusia 57 tahun dan mengemudi Cameroon ketika skuad berkenaan berjaya mara ke suku akhir Piala Dunia di Itali 30 tahun lalu.

"Stephen Tataw meninggal dunia pagi tadi di Yaounde selepas dia tidak berapa sihat," jelas Fecafoot dalam Twitter.

Pada Piala Dunia 1990 Cameroon disingkirkan England namun mereka diingati ketika itu selepas menumpaskan penyandang juara Argentina dalam perlawanan pembukaan.

Cameroon juga berjaya mengalahkan Romania dan Colombia untuk menjadi pasukan Afrika pertama mencatat sejarah mara ke suku akhir.

Dua tahun sebelum itu, The Indomnitable Lions berjaya muncul juara Piala Negara-negara Afrika dan menjadi tunjang di bahagian pertahanan.

Tataw bukan saja beraksi di negara kelahirannya tapi pernah berkelana ke Jepun.

Selepas bersara, beliau bekerja di Fecafoot dalam memantau skuad kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 9:38 AM