Pemain tengah Brescia, Stefano Sabelli (kiri) menghadang penyerang Lazio, Ciro Immobile pada aksi Serie A. FOTO AFP
Pemain tengah Brescia, Stefano Sabelli (kiri) menghadang penyerang Lazio, Ciro Immobile pada aksi Serie A. FOTO AFP
AFP

CIRO Immobile memerlukan hanya satu gol bagi menyamai rekod jaringan semusim ketika Lazio menewaskan pasukan penyingkiran, Brescia 2-0 pagi ini, untuk perebutan di tempat kedua.

Immobile meledak gol ke 35 pada kempen kali ini lapan minit sebelum tamat permainan di Rome untuk menyamai rekod Gonzalo Higuain yang menjaringkan gol buat Napoli pada 2015-16 dengan 36 gol.

Dengan hanya berbaki satu perlawanan Lazio di kedudukan keempat menyamai 78 mata dengan pasukan di tangga ketiga Atalanta, yang menewaskan Parma 2-1 semalam, dan ketinggalan satu mata kepada pasukan di tangga kedua, Inter Milan susulan kemenangan 2-0 ke atas Napoli.

Ketiga-tiga pasukan mensasarkan tempat kedua di belakang Juventus, yang merangkul kejuaraan Serie A kali kesembilan berturut-turut pada hujung minggu lalu.

Inter dan Atalanta akan bertemu pada hujung minggu ini dengan perlawanan terakhir Lazio berdepan pasukan di tangga ketujuh, Napoli.

Immobile membantu Joaquin Correa menjaringkan gol pembukaan 16 minit permainan di Stadio Olimpico, ketika Correa melakukan perkara sama pada penghujung perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 8:18 AM