Lee Westwood
Lee Westwood
AFP

AMERIKA Syarikat (AS) membatalkan kuarantin 14 hari buat pemain luar negara bagi Jelajah PGA namun ia belum cukup untuk meyakinkan bekas pemain nombor 1 dunia, Lee Westwood melakukan penerbangan ke AS.

Kerajaan Persekutuan AS membuat keputusan pada Jumaat lalu bahawa pemain golf profesional tidak perlu lagi menjalani kuarantin selama dua minggu kerana Jelajah USPGA sudah mematuhi semua aspek keselamatan dan kesihatan seperti ujian kerap terhadap Covid-19.

Ia ternyata memberi ruang buat pemain luar AS menyertai kejohanan major pertama 2020 di San Francisco pada 6 Ogos dan Kejohanan Jemputan WGC-FedEx St. Jude minggu depan di Tennessee.

Namun tarikan untuk bermain dalam kejohanan major tidak cukup bagi memujuk Westwood, yang menyatakan kebimbangannya ke AS kerana pandemik Covid-19.

"Saya rasa tidak betul untuk menaiki kapal terbang selama 12 jam," kata pemain berusia 34 tahun itu di British Masters.

"Saya masih merasakan Amerika tidak menanganinya (virus) secara serius berbanding di tempat lain. Ia tampak masih menjadi tempat penularan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2020 @ 12:30 PM