McGregor (kanan) tidak menolak kemungkinan berdepan Pacquiao. FOTO Agensi
McGregor (kanan) tidak menolak kemungkinan berdepan Pacquiao. FOTO Agensi
Agensi

CONOR McGregor memberi bayangan dia bersedia keluar daripada persaraan untuk bertarung Manny Pacquiao.

Petinju legenda dari Filipina berusia 41 tahun, mengucapkan selamat hari lahir yang ke-32 kepada McGregor dan memberikan cadangan kedua-dua patut bertarung.

Seperti kebiasaan ucapan hari lahir, ia adalah perkara biasa untuk membalas kepada seseorang dengan pelawaan untuk bertarung.

Tetapi dengan McGregor baru-baru ini mengumumkan persaraannya buat kali ketiga dari UFC dalam tempoh empat tahun, peminat pastinya terdesak untuk melihat aksinya tidak lama lagi.

Pacquiao menulis di Twitter : "Selamat hari lahir @TheNotoriousMMA".

McGregor - yang memberi bayangan untuk kembali ke UFC ketika meraikan sambutan hari lahirnya membalas : "Terima kasih Emmanuel, 170."

Adalah tidak jelas sama ada McGregor - yang mempunyai tujuh lawan yang mungkin ditempuhi pada masa akan datang - mencadangkan mereka patut bertarung dalam tinju atau MMA.

Warga Ireland itu mempunyai pengalaman dalam bidang tinju, termasuk kekalahan ke atas Floyd Mayweather dalam perlawanan tumpuan di Las Vegas tiga musim panas yang lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2020 @ 8:24 PM