PEMAIN tengah Liverpool, Naby Keita (tengah) diasak Joe Willock dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi tadi. FOTO AFP
PEMAIN tengah Liverpool, Naby Keita (tengah) diasak Joe Willock dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi tadi. FOTO AFP
AFP

HASRAT Liverpool untuk mencatat rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) dari segi pengumpulan mata tidak kesampaian apabila mereka tewas 1-2 kepada Arsenal awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp perlu memenangi tiga aksi terakhir liga musim ini untuk memecah rekod Manchester City mengumpul 100 mata pada 2018.

Sementara itu, City menekan Bournemouth untuk semakin hampir ke penyingkiran liga selepas berjaya mencatat kemenangan 2-1.

Wolves pula kekal kurang tiga mata dari kedudukan layak ke Liga Juara-Juara selepas hanya seri 1-1 ketika berdepan Burnley di Turf Moor.

Tottenham mencatat kemenangan 3-1 ke atas Newcastle bagi membolehkan mereka mencari peluang melayakan diri ke saingan Eropah musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 7:52 AM