CITY boleh menghela lega apabila CAS membatalkan penggantungan dua musim beraksi di Liga Juara-Juara. FOTO AFP
CITY boleh menghela lega apabila CAS membatalkan penggantungan dua musim beraksi di Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

MANCHESTER City dibenarkan untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membatalkan penggantungan dua musim beraksi di kejohanan Eropah oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

City sebelum ini dikatakan sengaja meningkatkan nilai pendapatan dari penaja yang mempunyai kaitan dengan Kumpulan Abu Dhabi United, iaitu turut dimiliki oleh pemilik kelab berkenaan Sheikh Mansour.

Mereka berbuat demikian bagi mengelak dikenakan hukuman akibat melanggar peraturan kewangan (FFP) iaitu di antara 2012 hingga 2016.

"Kami mengalu-alukan keputusan hari ini sebagai pengesahan kepada kedudukan kelab dan bukti-bukti yang kami serahkan," kata City dalam satu kenyataan.

City sebelum ini didapati bersalah oleh Badan Kawalan Kewangan Kelab UEFA kerana memalsukan perolehan penajaan ketika menyerahkan laporan akaun untuk penilaian FFP.

Keputusan CAS yang menyebelahi City itu sekali gus menimbulkan persoalan berkenaan kredibiliti badan siasatan UEFA yang diketuai bekas Perdana Menteri Belgium, Yves Leterme.

Selain bebas beraksi di Liga Juara-Juara, denda sebanyak €30 juta (RM144.72 juta) yang dikenakan UEFA turut dikurangkan kepada €10 juta (RM48.24 juta) oleh CAS.

Sabtu lalu, City mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara dengan kemenangan 5-0 di Brighton. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 6:42 PM