Ralf Rangnick. FOTO Agensi
Ralf Rangnick. FOTO Agensi
Agensi

AC Milan bersetuju dengan perjanjian bersama Ralf Rangnick untuk menjadi pengurus baharu mereka bagi musim 2020-21, menurut beberapa laporan.

Pengendali berusia 62 tahun sudah lama menjadi sasaran Milan dan dia kini melengkapkan perbincangan untuk menggantikan Stefano Pioli yang mengambil alih pasukan gergasi Itali itu Oktober tahun lalu.

Perjanjian membabitkan Rangnick menyaksikan dia menjadi pengurus baharu Milan tapi dia juga dilaporkan ditawarkan jawatan pengarah sukan kelab itu.

Pengarah Sukan Milan ketika ini adalah bekas pemain pertahanan legenda, Paolo Maldini.

Menurut laporan, Rangnick yang mempunyai reputasi hebat selepas mengurus dua kelab di Jerman, Hoffenheim dan RB Leipzig akan mengambil alih tugas jurulatih pada musim panas ini.

Dia juga bertindak sebagai pengarah sukan di Leipzig dan Red Bull Salzburg, termasuk membantu tugas sebagai ketua bahagian sukan dan pembangunan.

Pengendali Jerman sebelum ini menjadi sasaran Manchester United dan Bayern Munich.

Milan ketika ini berada di kedudukan ketujuh liga dan ketinggalan 29 mata daripada pendahulu liga Juventus dan 17 mata mengatasi pemburuan tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 10:48 PM