MANE (kanan) dan Salah gandingan terbaik di Liverpool. FOTO Agensi
MANE (kanan) dan Salah gandingan terbaik di Liverpool. FOTO Agensi
Agensi

BEKAS pertahanan Tottenham Hotspur, Ramon Vega memilih bintang Liverpool, Sadio Mane sebagai pemain terbaik Afrika di Liga Perdana Inggeris musim ini serta memberikan penghargaan kepada rakan sepasukannya, Mohamed Salah.

Dengan Liverpool hampir menamatkan penantian kejuaraan liga selepas 30 tahun, Mane menjadi watak penting untuk Reds apabila menjaringkan 14 gol dan menjadi arkitek kepada sembilan gol sepanjang 27 penampilan di saingan liga.

Salah pula mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak 16 gol pada saingan liga dengan membantu tiga percubaan sepanjang 26 perlawanan.

Baik Salah mahupun Mane, kedua-dua peledak itu menjadi kunci utama kepada skuad bimbingan Jurgen Klopp.

Meskipun kapten Arsenal dan Gabon, Pierre Emerick Aubameyang ketika ini menduduki tangga kedua penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 17 gol, Vega tetap memilih Mane selain memberi pujian kepada Salah.

"Tanpa ragu-ragu Mane adalah yang terbaik," Vega berkata kepada Goal ketika ditanya siapa pemain terbaik benua itu ketika ini.

"Saya rasa dia berhak menerima pengiktirafan itu kerana bakal membantu Liverpool memenangi kejuaraan liga musim ini.

"Sudah tentu rakannya, Salah juga terbaik. Kedua-duanya adalah pemain paling Afrika paling menyerlah pada tahun ini."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2020 @ 11:37 PM