MERTENS jaring 122 gol  daripada 310 perlawanan Napoli. FOTO Agensi
MERTENS jaring 122 gol daripada 310 perlawanan Napoli. FOTO Agensi
AFP

PENJARING terbanyak sepanjang zaman Napoli, Dries Mertens menandatangani kontrak baharu sehingga 2022 bersama kelab Serie A itu beberapa jam sebelum menentang Juventus dalam aksi final Piala Itali di Rome.

"Mereka yang menyayangi Naples tahu cinta ini adalah selamanya. Saya akan memberikan yang terbaik sehingga ke hari terakhir untuk mencipta sejarah kelab dan bandar ini," kata pemain antarabangsa Jerman itu dalam akaun Twitternya, hari ini.

Kontrak baharu pemain berusia 33 tahun itu tamat 2022 tetapi turut mempunyai pilihan lanjutan ke musim ketiga.

"Sangat gembira dapat bersama untuk tempoh lama. Hidup Dries!" kata presiden, Aurelio De Laurentiis dalam Twitternya.

Mertens tiba di Naples dari PSV Eindhoven pada 2013, menjuarai Piala Itali dan Piala Super Itali pada musim berikutnya.

Dia menjaringkan 122 gol daripada 310 perlawanan dan menyumbang 73 bantuan jaringan dalam semua kejohanan untuk Napoli.

Bintang Belgium itu muncul penjaring terbanyak Napoli pada separuh akhir Piala Itali selepas menewaskan Inter Milan, Sabtu lalu.

Dia memintas Marek Hamsik dan tujuh gol mengatasi legenda kelab, Diego Maradona.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2020 @ 11:33 PM