Mayweather (kanan) anggap ‘Mach’ atlet terbaik MMA. FOTO Agensi
Mayweather (kanan) anggap ‘Mach’ atlet terbaik MMA. FOTO Agensi
Agensi

FLOYD Mayweather menamakan Makhmud 'Mach' Muradov sebagai atlet terbaik MMA di dunia menyebabkan peminat sukan seni bela diri campuran itu tidak berpuas hati dengan pilihannya.

Juara dunia lima kali mengumumkannya di media sosial dengan memuji atlet berusia 30 tahun itu yang mencatat rekod 24-6 di dalam gelanggang Octagon.

Menerusi Twitter, Mayweather memuat naik klip atlet middleweight dari Uzbekistan dengan kenyataan: "Atlet MMA terbaik di dunia! Makhmud "Mach" Muradov."

Kebanyakan peminat sukan itu agak terkejut dengan pilihan Mayweather ketika mereka mendakwa bekas juara seperti Conor McGregor, begitu juga Khabib Nurmagomedov, Georges St-Pierre dan Jon Jones antara senarai yang perlu dipertimbangkan.

Seorang peminat mencatat menerusi twitter : "GSP dan Khabib, Conor dan Jon Bon Jones patut berada di sana."

Seorang lagi turut menambah : "Mayweather hanya memuat naik sesuatu yang teruk. Jangan pedulikannya dia langsung tidak mengetahui apa itu MMA."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2020 @ 2:19 PM