SANCHO (kiri) dikatakan akan kekal di Dortmund. FOTO AFP
SANCHO (kiri) dikatakan akan kekal di Dortmund. FOTO AFP
Agensi

JADON Sancho akan kekal di Borussia Dortmund, umum pengurusan kelab Jerman itu.

Sancho berjaya memikat beberapa kelab gergasi Liga Perdana Inggeris seperti Manchester United dan Liverpool menjelang pintu perpindahan pemain.

Bagaimanapun ketua perlesenan Dortmund, Sebastian Kehl percaya produk akademi Manchester City itu akan kekal di Jerman sehingga tahun depan.

Kehl yang memenangi tiga kejuaraan dan membantu Dortmund melangkah ke final Liga Juara-Juara berkata: "Kami menjangkakan Sancho akan kekal beraksi bersama kami pada tahun depan."

Komen Kehl hadir menjelang aksi menentang Dusseldorf di tempat lawan yang menyaksikan Sancho serta rakan sepasukannya melakar kemenangan 1-0 menerusi gol lewat permainan Erling Haaland.

United di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer, dikatakan mendahului kelab lain dalam perebutan untuk mendapatkan Sancho namun bimbang untuk mengeluarkan wang sejumlah £115 juta (RM615 juta) bagi mendapatkan pemain itu ketika situasi kini yang tidak menentu.

Laporan di Perancis pula menyatakan pendahulu liga, Liverpool mendahului kelab lain untuk mendapatkan pemain sayap itu.

Bagaimanapun, Kehl menafikan kesemua khabar angin itu apabila berkata ia sama sekali tidak benar.

Dortmund sentiasa konsisten mahu mengekalkan Sancho dan dia juga tidak menerima sebarang tekanan untuk meninggalkan kelab itu pada pintu perpindahan pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2020 @ 10:12 AM