KEADAAN rumah Azmeer sebelum dan selepas pengubahsuaian. FOTO FB Azmeer Yusof 25
KEADAAN rumah Azmeer sebelum dan selepas pengubahsuaian. FOTO FB Azmeer Yusof 25
Syazwan Msar


SIAPA sangka kediaman indah milik pertahanan Kedah, Azmeer Yusof ketika ini sebenarnya adalah 'berpuaka' yang ditinggalkan lebih 30 tahun oleh pemilik asal tanah terbabit.

Malah, rumah usang berkenaan yang terletak di tengah bandar Alor Setar, sudah ditinjau oleh beberapa pembeli namun kerana keadaannya seakan hutan menyebabkan mereka membatalkan hasrat berkenaan.

Azmeer yang berkongsi pengalaman terbabit menerusi akaun Facebook miliknya berkata, tanah berkeluasan 4,500 kaki persegi itu mempunyai sebuah rumah usang yang masih dalam pembinaan namun terdapat beberapa struktur bangunan sudah runtuh.

"Pokok sebesar peluk orang dewasa berada di tengah ruang tamu rumah. Tandas yang terlalu gelap gelita kerana pemilik lama tak letak tingkap malah banyak lagi cerita benda yang menyeramkan masa saya datang melihatnya.

"Saya nekadkan juga untuk beli tanah itu kerana pada saya rumah boleh dibina tapi tanah terbabit takkan dapat dah di tengah Alor Setar

"Tapi nekad saya pun, restu mak ayah penting dan menghubungi mereka minta pendapat. Ayah saya cakap tanya dulu jiran berdekatan rumah ditinggalkan puluhan tahun itu kerana hantu atau apa saja mungkin tinggal," katanya.

KFA dan Azmeer sudah mencapai persetujuan bersama berhubung penamatan kontraknya. FOTO Hairul Anuar Rahim
KFA dan Azmeer sudah mencapai persetujuan bersama berhubung penamatan kontraknya. FOTO Hairul Anuar Rahim

Menurutnya, dia mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM60,000 untuk membaiki kediaman terbabit termasuk membeli barangan kelengkapan lain.

"Sekarang saya puas hati dengan apa yang dilakukan walaupun ramai yang menyatakan lebih baik bina rumah baharu.

"Saya memohon sekali lagi pinjaman peribadi berjumlah RM50,000 untuk membaiki rumah dan saya melakukan tindakan terbabit yang untuk perkara seumpama itu, bukannya berjoli," katanya,

Pemain pertahanan itu turut berhabis RM200,000 untuk keseluruhan kos termasuk harga tanah berkenaan bernilai RM140,000.

"Ternyata usaha terbabit berbaloi apabila ada yang mahu membeli hartanah terbabit dengan harga RM320,000," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 6:32 PM