Pemain Wolves, Raul Jimenez (kanan) meraikan jaringan dalam aksi kelayakan Piala Europa. FOTO File Agensi
Pemain Wolves, Raul Jimenez (kanan) meraikan jaringan dalam aksi kelayakan Piala Europa. FOTO File Agensi
Agensi

PENYERANG Wolverhampton Wanderers, Raul Jimenez mungkin sedia dijual sekitar £18 juta (RM97 juta) ketika jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain berusia 29 tahun menunjukkan aksi terpuji sekali lagi buat skuad kendalian Nuno Espirito Santo musim ini - meledak 13 gol dan enam pembantu jaringan dalam 29 penampilan di Liga Perdana.

Jimenez sepatutnya menarik minat dari Tottenham Hotspur, Manchester United, Liverpool dan Juventus menjelang musim depan, dan semua empat kelab berkenaan menerima perkhabaran baik dalam pemburuan menandatangani tonggak serangan Wolves itu.

Menurut TuttoJuve, Jimenez mungkin berpindah ke Molineux dengan angka potongan harga sekitar £18 dengan jangkaan situasi ekonomi sekarang.

Laporan mendakwa nilai pemain itu menurun mendadak ketika bola sepak berdepan kesan kewangan berikutan pandemik Covid-19, dan bos Spurs, Jose Mourinho meminati aksi pemain antarabangsa Mexico itu.

Kontrak Jimenez ketika ini di Wolves akan tamat pada penghujung kempen 2022-23.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 8:37 AM