Mesut Ozil. FOTO Agensi
Mesut Ozil. FOTO Agensi
Agensi

ADIDAS akan menamatkan perjanjian penajaan £22 juta (RM117.99 juta) dengan Mesut Ozil pada hujung musim ini.

Ketika ini perjanjian pemain tengah Arsenal bersama jenama sukan terkemuka berkenaan dijangka tamat pada musim panas ini.

Laporan di Jerman mendakwa adidas mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak 7½ tahun mereka bersama bintang Gunners berusia 31 tahun itu, sebagai imej awam.

Namun Ozil - yang menerima gaji £350,000 (RM1.9 juta) mingguan enggan melakukan potongan gaji berikutan pandemik Covid-19, menegaskan perjanjian berkenaan tidak diperbaharui sebagai usaha untuk dia memperkembangkan jenamanya sendiri M10.

Ejen pemain Jerman itu, Erkut Sogut berkata : "Tiada pembatalan, cuma kontraknya sudah tamat."

Ozil bersara daripada bola sepak antarabangsa pada 2018 selepas mendakwa Jerman FA bersikap perkauman.

Bekas bintang Real Madrid ditaja firma Jerman berkenaan sejak 2013, namun kerjasama berkenaan akhirnya berada di penghujung dan tamat tempoh.

Dia antara penerima gaji tertinggi bagi pemain Arsenal. Namun dikait kuat dengan perpindahan keluar dari Utara London itu selepas hanya menjaringkan satu gol dan menghasilkan dua bantuan gol musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 2:26 PM