Hamilton (kanan) bercakap dengan Presiden Pengurusan Formula Satu (FOM), Bernie Ecclestone pada sesi latihan. FOTO File AFP
Hamilton (kanan) bercakap dengan Presiden Pengurusan Formula Satu (FOM), Bernie Ecclestone pada sesi latihan. FOTO File AFP
AFP

BOS Mercedes, Toto Wolff akan tunggu sehingga musim baharu bermula sebelum membincangkan kontrak juara dunia enam kali, Lewis Hamilton.

Namun Wolff berkata perbincangan bersama Hamilton tidak akan membabitkan kemungkinan mendapatkan Sebastian Vettel, yang akan meninggalkan Ferrari pada penghujung kempen.

Saingan musim Formula Satu (F1) terganggu berikutan pandemik Covid-19 dan di jangka akan bermula di Austria pada Julai ini.

Wolff berkata dia berharap akan mencapai persetujuan tidak lama lagi bersama Hamilton.

Pemandu British berusia 35 tahun itu dijangka akan bersetuju dengan kontrak baharu tetapi Wolff memberitahu perbincangan belum lagi diadakan.

"Kami tidak bertemu disebabkan perintah berkurung, kami berada di tempat berbeza tetapi sentiasa berhubung," kata Wolff.

"Tiada sebarang perjanjian antara kami tetapi kami mempunyai kepercayaan yang kuat, kami sudah bersama untuk tempoh yang lama dan tidak pernah kontrak tamat.

"Sebaik sahaja perlumbaan bersambung kami akan meluangkan masa bersama, membincangkan mengenai kontrak, melihat pada tempoh, angka, hak dan diharapkan dalam masa terdekat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 8:52 AM