MESSI berlatih bersama rakan sepasukan. FOTO Agensi
MESSI berlatih bersama rakan sepasukan. FOTO Agensi
AFP

KAPTEN Barcelona dan Argentina, Lionel Messi berkata dia teruja untuk kembali bermain tetapi menganggap aksi La Liga tanpa penonton sesuatu yang ganjil.

Messi sama seperti pemain lain menjalani perintah berkurung susulan pandemik koronavirus kini berlatih bersama Barca menjelang La Liga yang dijangka bersambung kembali dalam stadium kosong pada 12 Jun.

"Kami tak boleh fikir apa yang kami tinggalkan tahun ini, lebih baik fikir masa depan," kata Messi dalam laman web Adidas.

"Seperti kembali berlatih, bertemu rakan sepasukan dan beraksi beberapa perlawanan pertama. Jelas, ia agak pelik pada mulanya tetapi saya teruja beraksi lagi selepas itu!

Menurutnya, bermain tanpa penonton adalah beberapa cabaran baharu.

"Persiapan skuad sama seperti menghadapi perlawanan lain tetapi secara individu anda perlu berlatih dan bersiap sedia dari segi mental untuk beraksi tanpa penonton kerana ia sangat pelik."

"Ia seperti musim baharu bermula," katanya. "Teknikalnya ia musim sama tetapi saya fikir semua pemain dan pasukan bakal berdepan pengalaman berbeza."

Messi sepatutnya mengemudi Argentina yang menjadi tuan rumah bersama Colombia pada Copa Amerika Mac lalu tetapi ditunda ke Jun dan Julai tahun depan.

"Penangguhan Copa America memang mengecewakan tetapi sudah tentu ia tindakan tepat," kata Messi.

"Copa kejohanan besar bagi saya tahun ini dan saya tak sabar beraksi semula. Sudah tentu sukar menerima penangguhannya tetapi saya faham, ia keputusan wajar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 9:59 AM