BASILASHVILI mencederakan bekas isterinya di depan anak mereka berusia lima tahun. FOTO AFP
BASILASHVILI mencederakan bekas isterinya di depan anak mereka berusia lima tahun. FOTO AFP
AFP

BINTANG tenis Georgia, Nikoloz Basilashvili, yang menduduki ranking ke-27 dunia didakwa semalam kerana mencederakan bekas isterinya secara fizikal.

Mahkmah di ibu negara Georgia, Tbilisi mendakwa Basilashvili kerana melakukan keganasan terhadap ahli keluarga di hadapan anak di bawah umur sebelum membebaskannya dengan ikat jamin €27,500 (RM130,651), jelas pendakwaraya, Natia Guruli.

Basilashvili bakal berdepan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah.

Bekas isteri Basilashvili, Neka Dorokashvili memberitahu stesen televisyen, Mtavari bahawa dia dicederakan secara fizikal Jumaat lalu di depan anak mereka berusia lima tahun.

Basilashvili menafikan tuduhan itu, jelas peguam, Irma Chkadua kepada wartawan.

Pemain berusia 28 tahun itu memenangi kejuaraan kedua ATP di Terbuka China pada 2018 selepas mengalahkan pemain nombor empat dunia, Juan Martin del Potro di perlawanan akhir, tiga bulan tiga bulan muncul juara di Terbuka Jerman di Hamburg.

Dia mempertahankan kejuaraan di Hamburg tahun lalu dan pencapain paling tinggi pernah dicatatnya ialah menduduki ranking ke-16 dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 2:20 PM