JOSHUA melepaskan tumbukan padu ke muka Andy Ruiz   di Arena Diriyah, Arab Saudi pada 7 Disember lalu.  FOTO Agensi
JOSHUA melepaskan tumbukan padu ke muka Andy Ruiz di Arena Diriyah, Arab Saudi pada 7 Disember lalu. FOTO Agensi
AFP

PERTARUNGAN Anthony Joshua menentang Kubrat Pulev ditunda sekurang-kurangnya pada Oktober depan susulan pandemik koronavirus, menurut penganjur hari ini.

Petinju Britain, Joshua yang mempertahankan gelaran heavyweight dijadualkan menentang lawan dari Bulgaria itu di Stadium Tottenham Hotspur pada 20 Jun dengan tarikh kedua pada Julai turut ditunda.

Penganjur, Eddie Hearn berkata pertarungan itu tidak akan berlangsung beberapa bulan tetapi dia berharap menjadi kenyataan sebelum penghujung tahun ini.

"Dengan apa yang berlaku kami tiada idea bila kami boleh benarkan penonton hadir dan berapa jumlah, tapi tidak pada musim panas," kata Hearn kepada Daily Mail.

"Saya fikir ia mungkin di antara Oktober dan Disember. Lagi cepat lagi bagus."

Joshua tidak bertarung sejak menewaskan Andy Ruiz Jr untuk menjuarai tali pinggang WBA, IBF dan WBO di Arab Saudi pada Disember lalu dengan Hearn tidak menolak kemungkinan pertarungan sekali lagi berlangsung di negara Teluk.

Hearn turut membayangkan dia berminat menyaksikan Joshua menentang pencabar Britain, Tyson Fury dalam dua pertarungan mega tahun depan.

"Rancangan pada 2021 membabitkan dua pertarungan tetapi kami perlu tunggu dan lihat situasi semasa," kata Hearn.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2020 @ 11:16 AM