YOODO bakal mengiringi Team Secret ke saingan Kejohanan Liga Dunia E-Sukan. FOTO Ihsan Yoodo Esports
YOODO bakal mengiringi Team Secret ke saingan Kejohanan Liga Dunia E-Sukan. FOTO Ihsan Yoodo Esports
Aida Adilah Mat


PASUKAN Secret dan Yoodo Gank membawa khabar gembira buat negara bakal membawa cabaran negara ke Kejohanan Liga Dunia E-Sukan.

Yoodo Gank berjaya melayakkan diri selepas mengungguli saingan musim pertama Kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMLP) Asia Tenggara (SEA) 2020, semalam.

Secret bagaimana terlebih dahulu menempatkan diri kejohanan berkenaan selepas muncul juara di Kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia/Singapura dua minggu lalu.

Namun hasrat satu lagi pasukan negara Bigetron Arov untuk mengikuti jejak dua pasukan itu tidak kesampaian apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-12.

Kejayaan dua pasukan itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan yang layak.

"Tahniah kepada Yoodo Gank yang meraih tempat ke kejohanan dunia dan menjadi pasukan pertama yang memenangi kejohanan PUBGM di peringkat Asia Tenggara.

"Kejayaan itu diharapkan menjadi batu lonjakan untuk kedua-dua pasukan itu mencapai kejayaan lebih cemerlang selepas ini," katanya di akaun sosial Twiter rasminya.

PMLP SEA berlangsung selama tiga hari membabitkan 16 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM640,000 keseluruhan.

Kejohanan Liga Dunia itu dijadualkan berlangsung di China yang mana tarikh berkenaan masih belum diputuskan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 5:35 PM