Leclerc menguasai perlumbaan virtual.
Leclerc menguasai perlumbaan virtual.
Agensi

"LATIHAN, simulasi, memasak - ia adalah perkara biasa dalam aktiviti harian saya," kata pemandu Ferrari, Charles Leclerc mengenai kehidupannya sepanjang tempoh perintah berkurung.

Memasak tidak berjalan lancar, seperti diharapkan. "Saya masih lagi teruk dengan memasak pasta ayam. Saya tidak mahu mengambil risiko yang besar."

Latihan simulasi makin mencabar, ia satu lagi masalah. Leclerc agak baharu dalam perlumbaan talian tetapi dia membuktikan bakat semula jadi yang dimiliki ketika berlumba.

Dia sudah memenangi empat perlumbaan awal e-races berturut-turut, yang terbaharu adalah perlumbaan virtual Formula Satu (F1) Grand Prix China, minggu lalu.

Tidak cukup dengan itu, dia berkongsi bukti saingan itu bersama peminat dengan menyiarkan perlumbaan secara langsung di Twitch, tampil dengan detik lucu apabila gagal memberhentikan kelajuan jenteranya dengan betul.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc. FOTO File Agensi
Pemandu Ferrari, Charles Leclerc. FOTO File Agensi

Malah dia secara selamba hadir memberi saingan bersama-sama rakan pemandu F1, Alex Albon dan George Russell, di mana hubungan mereka dan persaingan mereka kembali ketika zaman kanak-kanak.

"Siaran langsung di Twitch adalah sesuatu yang saya tidak jangkakan untuk dijadikan hiburan namun saya gembira," kata Leclerc.

"Kepada mereka yang mengikuti saya, ia adalah cara paling dekat untuk anda mengenai diri saya yang sebenar.

"Jika di litar F1 terlalu banyak tekanan dan ia agak berbeza, namun bermain permainan ini dengan orang yang saya sudah kenal sepanjang usia saya membuatkan saya lebih tenang."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 6:05 PM