Dina (kiri) dan Katarina sandaran kem olahraga Britain. FOTO Agensi
Dina (kiri) dan Katarina sandaran kem olahraga Britain. FOTO Agensi
Agensi

JESSICA Ennis-Hill berkata pelari emas wanita Britain cukup kuat untuk bertanding di Olimpik selepas penangguhan temasya itu kepada tahun depan.

Juara dunia kini, Dina Asher-Smith dan Katarina Johnson-Thompson terpaksa mengubah kempen latihan mereka selepas Tokyo 2020 ditangguhkan kepada 12 bulan.

Tapi Jessica, juara heptathlon Olimpik London 2012 yakin mereka akan bersedia untuk temasya sukan di Tokyo pada 2021.

Jessica, 34 berkata : “Dina dan Kat kedua-dua atlet olahraga yang hebat serta mempunyai banyak pengalaman berhadapan jatuh bangun dalam sukan ini.

Jessica Ennis-Hill. FOTO File Agensi
Jessica Ennis-Hill. FOTO File Agensi

“Kami semua mengharungi kekecewaan dan kecederaan pada sesuatu masa malah harus segera pulih seterusnya kembali bangkit.

“Saya tidak meragui mereka mampu melapangkan fikiran dan mencari cara terbaik untuk menjalani latihan semampu yang boleh. Semua atlet di seluruh dunia berdepan situasi yang sama.

“Sememangnya cabaran besar kepada mereka untuk kekal tenang dan melakukan pendekatan khusus berdepan cabaran ketika ini.

“Saya percaya mereka akan kembali dengan lebih kuat serta bersedia sepenuhnya untuk menyambung latihan seperti biasa apabila keadaan kembali normal.

“Saya tidak meragui Dina dan Kat akan bersedia dan berada pada prestasi terbaik untuk Tokyo 2021.”

Dina, 24, memenangi mahkota kejuaraan dunia dalam acara 200 meter di Qatar pada Oktober lalu, akan memburu gelaran hatrik pungutan pingat tahun depan di bandaraya Jepun.

Sementara, Katarina, 27, memperagakan aksi terbaik pada penyertaan kejohanan dunia yang lalu, menewaskan pencabar utama dari Belgium, Nafi Thiam dan memecah rekod heptathlon Britain, Jessica Ennis-Hill dari 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2020 @ 10:20 AM