RONALDO berlatih di Estadio da Madeira. FOTO Agensi
RONALDO berlatih di Estadio da Madeira. FOTO Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo kembali turun ke padang semalam dengan berlatih di Estadio da Madeira bagi memastikan dia kekal menyengat ketika tempoh kuarantin.

Penyerang Juventus itu pulang ke pulau terbabit pada 9 Mac lalu selepas Serie A digantung bagi melawat ibunya yang sakit.

Imej yang dirakam dnoticias.pt menunjukkan superstar Portugal itu memanaskan badan di stadium, melakukan rembatan ke arah gawang dan membuat beberapa siri latihan yang lain.

Laporan turut menyatakan Cristiano akan kembali ke Turin minggu depan untuk kembali bersama juara Itali itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 11:31 AM