MESSI nafi jamin pembebasan Ronaldinho dari penjara. FOTO Agensi
MESSI nafi jamin pembebasan Ronaldinho dari penjara. FOTO Agensi
Agensi

BINTANG Barcelona, Lionel Messi menyelar spekulasi mengaitkannya dengan perpindahan ke Inter dan Newell's Old Boys serta menganggapnya berita palsu.

Laporan di Argentina, Sepanyol dan Itali sejak beberapa hari lalu mengaitkan percubaan Inter yang mahu menandatangani pemenang enam kali Ballon d'Or itu dan Barca turut dikatakan sedia berunding dengan Nerazzurri untuk mendapatkan penyerang, Lautaro Martinez.

Sementara itu, TNT di negara Messi sendiri melaporkan rundingan telah pun diadakan yang bakal menyaksikan Martinez berpindah ke Camp Nou dan Messi bertukar ke Inter bersama bintang meningkat naik Velez Sarsfield, Thiago Almada.

Bagaimanapun, Messi menegaskan khabar angin terbabit tidak benar sambil menyiarkan tangkap layar spekulasi di Instagram dan melabelkannya sebagai berita palsu.

Dia menyifatkan laporan Inter sebagai ‘pembohongan 1’ dan menulis ‘pembohongan 2’ mengenai dakwaan dia menjamin pembebasan bekas rakan sepasukan, Ronaldinho dari penjara di Paraguay.

Messi berkata: "Apa yang dilaporkan dalam penerbitan sama mengenai Newell beberapa minggu lalu juga palsu dan sekurang-kurangnya tiada siapa percaya mereka...”

Masa depan Messi bersama Barca masih tidak menentu dan superstar Argentina itu mempunyai pilihan menamatkan kontrak pada penghujung musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 11:10 AM