RONALDINHO bermain bola bersama warga penjara. FOTO Agensi
RONALDINHO bermain bola bersama warga penjara. FOTO Agensi
Agensi

HARI ini adalah ulangtahun kelahiran ke-40 bekas bintang bola sepak dunia, Ronaldinho dan dia menyambutnya di penjara di Paraguay selepas menggunakan dokumen pengenalan diri palsu memasuki negara itu.

Namun legenda Brazil dan pemenang Piala Dunia itu dikatakan disenangi oleh warga penjara sekaligus menafikan laporan sebelum ini yang menyatakan dia sedih tinggal di sebalik tirai besi.

Satu sumber mendedahkan, warga penjara sangat gembira dengan kehadiran Ronaldinho yang tidak lokek berkongsi taktikal baru bola sepak.

“Ronaldinho tidak pandai bermain instrumen tetapi saya pasti dia akan mencipta lagu apabila bebas daripada penjara.

“Dia bermain bola setiap hari dan mengajar rakan sepasukan yang bermainnya dengannya beberapa taktikal baru. Sejak daripada hari pertama lagi, dia mahu berkawan dengan yang lain dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

“Dia menjadi idola bagi kebanyakan warga di penjara. Mereka sering memintanya untuk menurunkan tandatangan di topi dan baju,” kata sumber.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 8:09 PM